Cerita Sedih Nowwa di Cherating

11 07 2009

Agak2 citer sedih apa la agaknya tu? Bukan citer sedih yang menimpa Nowwa, tapi citer yg telah membuatkan si Nowwa itu berasa sedih. Nowwa sedih? macam x pecaya plak ek? Ha jangan ingat sekeras2 Nowwa tu, dia tak reti rasa sedih. Tapi biasa la, sedih dia tu takde la sampai berhamburan air mata. Sedih gitu2 je la.

Cerita 1 – Kapten Yang Keseorangan

Dalam ramai2 pegawai yg datang course yg aku organize tu. ada sorang kapten ni.dia ni seorang kapten yg agak veteran la, sbb dia promoted dari peringkat bawahan. xtau la kenapa tiap kali waktu makan esp dinner,slalu dia turun yg paling awal skali, tp turun sorang2. macam xde geng je. padahal setiap orang aku dah atur dok bilik twin sharing. dan setiap kali nampak dia, nowwa akan sedih. “Kesian dia sorang2 je”. Ntah la aku pun xtau. tp sepanjang kursus tu xde la dia x campur org langsung. tapi dia mmg nmpk agak pendiam atau mgkn dia nampak tertekan sbb x brpa paham pebenda yg dia blajar masa kursus tu agaknya. atau mungkin dia sbenarnya xnak dtg course ni, tp disuruh dtg gak.xtau laa…

Cerita 2 – Kambing dan Plastik

Citer ni belaku masa kitorang nak p ronda2 ke kemaman. Aku x brpa nampak apa yg blaku,sbb tgh drive. tapi Nowwa nampak dan trus ckp “Alaa ksiannya kambing tu,dia tgh mkn agaknya…pastu muka dia termasuk dlm plastik. pastu dia x reti nak buang plastik tu. Ksiannyaaa! Camana nak buat ni?” Aiseh, xkn la aku nak patah balik plak semata2 nak tolong buangkan plastik kat muka kambing tu. Last2 aku ckp “Xpe la yang, kang ada la org tolong tu” . Pastu bila kitorg on d way balik, lalu kat jalan tu, dah x nmpk dah kambing tu. Mgkn ada orang dh tolong dia. masa tu pun tgh hujan. mesti tuan dia dah selamatkan dia agaknya….

Cerita 3 – Mat Salleh, Satar dan One Drop Perfume

Masa kitorang tgh menikmati otak2 dan satar di kedai satar Mak Wan (ye ke? ye la tu kot Mak Wan nama dia), yang merupakan antara kedai satar dan otak2 yg terfamous di Kemaman, lalu la seorang Mat Salleh dgn basikal. Mat salleh tu mcm tertarik dgn kedai tu. dia pun dtg dekat, nak tau apa yg ada kat kedai tu. Apa yg membuatkan Nowwa sedih dgn mat salleh tu ialah xde sorang pun yg cuba nak hampiri mat salleh tu dan jemput dia masuk dalam utk makan. mat salleh ni plak dalam usaha dia nak mengetahui apa yg ada kat kedai tu, dia cuba la baca apa2 yg ada tertulis kat kedai tu. Malangnya dia pegi baca ada satu banner iklan one drop perfume yg turut tergantung di situ. Aku x tau la dia paham ke tak apa yg dia baca, sbb iklan tu pun tulis bahasa melayu. tp mungkin dia berasa confuse, tengok dalam mcm kedai makan, tapi iklan pasal perfume. xkan orang kat sini mkn perfume kot. dlm keadaan dia terpinga2 tu, Nowwa yg terkenal dgn keramahan dia pun berasa kesian, dan x smpai hati tngk mat saleh tu. dlm keadaan antara nak tegur atau x mat saleh tu, tiba2 dia berlalu mcm tu je dlm keconfiusan. dan nowwa menyesal x sudah sbb x smpt nak introduce kan otak2 dan satar pd mat saleh tu. nak harapkan org kedai tu, lagi la. harapkan otak2 ngan satar je sedap, tp customer svc, fail.

Cerita 4 – Mak dan Ayah kawin lain

Ni xde kena mengena ngan sapa2 kat cherating tu. tapi pasal satu drama yg nowwa tengok kat tv2. apa tah tajuknya?cari pasal kot. pelakonnya lisdawati dan azri iskandar.diorang ni laki bini,tapi x sefahaman,pastu masing2 kawin lain.kawin lak tu dgn orang yg lg muda.bila dah kawin lain tu terasa la plak pasangan masing2 tu jauh beza dgn bekas masing2. mula la dok teringat kenangan2 manis masa jadi laki bini dulu.pastu buleh plak dok talipon sembang2 citer pasal kenangan2 lepas dan citer pasal pasangan baru masing2. macam biasa la nowwa, bila bab2 mcm ni mula la tersentuh. sedih…layan je laaa…

Tp dlm beberapa citer sedih tu, terselit gak satu citer misteri. jeng..jeng..jeng. citer pasal satu couple misteri yg kitorang xtau apa masalah diorang ni. Diorang ni kalu x salah aku hanya berada di hotel tmpt kitorang duduk tu pada hari khamis kot kalu x salah aku. kali pertama masa kitorang selisih ngan diorang tu, sikit pun x snyum ngan kitorang, kitorang ni punya la mesra yang amat dgn senyuman semanis cuka eh gula snyum kt diorang, tapi x dibalas. menonong je dgn muka toya diorang tu. mat saleh pun pandai snyum kat aku. dah tu plak diorang bila bejalan,si laki jalan depan, si bini dkt 3 meter kat belakang. andaian kitorang, diorang ni mungkin baru lepas gaduh agaknya. lepas pada tu ada dua kali lg kitorang berselisih ngan diorang tu. sama gak jadinya mcm masa 1st dulu.

Tiba2 masa pg jumaat, last day aku kat sini,masa tu aku ada dlm kelas.nowwa plak baru lepas bfast.dia on d way nak balik bilik. tiba2 terselisih dgn si bini.pompuan tu tiba2 nak pinjam phone bini aku sbb nak buat kol ke kuantan katanya.walaupun tekejut, nowwa cuba gak cakap ngan elok2 kat pompuan supaya cuba kol drpd bilik dia.bukan nowwa kedekut x nak bg pinjam hp dia, tp risau la kan, dah la pompuan tu penuh dgn misteri. ntahnya dia ada niat nak pukau nowwa ke apa ke. Pompuan tu berkeras nak gak hp tu,dia kata dari bilik xleh buat call out. ntah la, xkan la x penah tdo hotel pompuan tu. smua org tau kalu guna phone hotel nak buat local call tekan je no 9.

yg heran lg tu,dia nak buat kol, tp x ingat apa no yg dia nak kol tu. Gila ke?kalu dah x ingat no, guna la tepon canggih mana pun, tetap x leh kol punya. puas la nowwa mengelak drpd xnk bg hp dia kat org tu. dicakapnya hp dia xde credit la, dia suruh org tu guna public phone la, suruh dia mntk tlg kat reception la.tp dia tetap berdegil nk kn hp nowwa tu. dan mcm yg korang tau, nowwa kalu dh kata ‘no’, ‘no’ la jawabnya. “mintak maaf la kak, x dapek den nk nolong akak”, dia pon blah. hish x paham tol aku. mmg misteri sungguh.ntah mana la dtgnya pompuan tu…..





Bekerja Sambil ‘Bercuti’

8 07 2009

Cherating…penah p cherating? Pada yg penah tu tau la camana cherating tu kan. pada yg x penah mcm aku ni,kurang2 tau la Cherating tu kat tepi laut.Tapi kalu ada gak yg xtau cherating tu kat tepi laut,memang nak kena pindah la dari Malaysia ni.

Ye aku kat Cherating skrg ni. Tgh mengendalikan kursus mcm yg lepas2 yg aku dok organize. Mcm mana bole terbuat kat cherating ni? plan asal ialah nak buat di Kuantan. tp bila pk balik, Kuantan most of the hotels kat town area. dulu masa buat kat Melaka pun, dah memang kat town area, so ingt kali ni nak tukar angin skit kat area tepi laut.

Lagi pun aku x penah sampai cherating,so alang2 dah ada kat area kuantan ni, baik buat kat cherating terus. tambahan pulak masa aku dok sbulan kat kuantan ni tahun lepas masa ikut training p Lubnan tu, dah slalu sgt aku turun kuantan.so apa salahnya buat kat sini.

Kiranya mcm bekerja sambil bercuti la. walaupun lebih banyak keja sambil cuti.tp xpe la sbb tujuan utama pun memang keja.kena plak aku organizer, bz la skit.

Kursus ni aku organize kat Legend Resort, Cherating. Ok la tempat dia. bilik ok, dkt dgn pantai. kemudahan pun banyak.utk yg suka lepak2 kat tepi pantai ok la. kalu xnak mandi kat laut, bole mandi kat pool.

Lokasi dia jauh skit dari bandar. bandar terdekat pun bandar Chukai kat Kemaman. lebih krg 15 min je dari hotel ni. kalu Kuantan lbh krg stengah jam.

So sapa2 yg plan nak bercuti kat Cherating,cni antara tempat yg best…

Apa..gambar? Ha’ah sngaja x buh gmbr dlm ni sbb smua ada kat sini. Baca la. ada gak post2 lain pasal tmpt lain yg kitorg p spnjg ada kat cherating tu. sila la singgah.





5 Years of Tears n Cheers

14 05 2009

5 tahun…

Sama dgn 60 bulan…

Sama dgn 260 minggu…

Sama dgn 1826 hari…

Sama dgn 43,824 jam…

Sama dgn 2,629,440 minit…

Bukan nak buat kelas math, tapi nk bgtau itulah usia perkahwinan aku.

Setakat 5 tahun ni, aku bersyukur sgt kerana dipertemukan jodoh dgn dia. Setelah jauh aku berkelana mencari cinta sejati, aku x sedar bahawa cinta itu sebenarnya pernah begitu hampir dgn aku. tapi tindakan bodoh aku menyebabkan cinta itu lari dari aku.

Setelah hampir 10 tahun terpisah kerana mengejar cita-cita, akhirnya kami dipertemukan kembali. dan hubungan yang terjalin sebagai sahabat pada mulanya, telah bertukar menjadi hubungan cinta setelah masing2 kecewa dgn percintaan yang lalu.

Masing2 nekad membuat keputusan untuk mengakhiri hubungan ini di jinjang pelamin, walaupun usia perkenalan masih di peringkat awal. 14 Mei 2004, termeterailah perjanjian antara kami untuk sehidup dan semati.

wedding

Peringkat awal perkahwinan memang masa yang agak sukar dalam usaha kami menyesuaikan diri antara satu sama lain. ditambah pula dgn kedudukan kewangan yang agak tidak stabil. namun berkat kesabaran dan kepakarannya merancang kewangan, akhirnya kami dapat menghadapinya.

bali2

Rumahtangga kami teruji lagi apabila terpaksa tinggal berjauhan kerana pertukaranku ke Sungai Petani. pada kedudukan yang jauh ini, hanya kesetiaan yang menjadi kekuatan hubungan kami.

bali17

Kini setelah 5 tahun, kami semakin matang dalam menangani cabaran hdup berumahtangga. kini hidup kami telah semakin baik, dan hanya satu perkara saja lagi yang belum melengkapi hidup kami – anak. selama 5 tahun ini memang cukup bosan mendengar soalan “Anak dah brpa orang?” “Dah ada anak ke belum?” Kami x pernah merancang atau menolak kehadiran anak, malah itulah yang sgt2 kami nantikan. Jadi azam kami pada hari pertama, tahun ke6 perkahwinan kami ialah utk memastikan ulangtahun perkahwinan kami yg ke6 nnt, diserikan dgn kehadiran seorg putera atau puteri, walaupun masih di dalam perut.

bali16

Utk isteri yang tercinta…Terima kasih krn menyayangi abg seadanya, terima kasih kerana bersabar dgn kerenah abg, terima kasih kerana memahami kesibukan kerja abang, terima kasih kerana menjadi pakar perancang ekonomi keluarga, terima kasih kerana menjadi penawar segala duka, terima kasih kerana air tanganmu yang sentiasa menghidangkan abg sajian yang enak, terima kasih untuk segala-galanya.

Luv u 4 eva…..


Love of a Lifetime – Firehouse

I guess the time was right for us to say
We’d take our time and live our lives
Together day by day
We’ll make a wish and send it on a prayer
We know our dreams can all come true
With love that we can share

With you I never wonder–will you be there for me
With you I never wonder–you’re the right one for me

(Chorus) I finally found the love of a lifetime
A love to last my whole life through
I finally found the love of a lifetime
Forever in my heart
I finally found the love of a lifetime

With every kiss, our love is like brand-new
And every star up in the sky
Was made for me and you
Still we both know that the road is long
We know that we will be together
Because our love is strong





Treating My Angel’s Migrain

23 04 2009

Semalam ada orang merengek2 sbb sakit kpala. sakit kpala sbb dok ngadap buku dan komputer. maklum la org nk exam.

Slalunya mak cik ni kalu sakit kpala ada satu ubat je.

kalu korang ingt citer nujum pak belalang yang p. ramlee punya tu, masa puteri si bujur sirih tu sakit olok2, pak belalang kata ubat dia ialah dia kena jalan2 amik angin pukul 11 mlm.

tapi my angel ni ubat dia plak, kena jln2 amik angin d shopping complex x kira pkul brpa, asal shopping complex tu bukak.

So sesampainya aku kt umah pkul 7.30 mlm, pkul 8 trus siap utk bwk dia keluar. stkt kt seremban ni, cuma jusco seremban 2 je yg menepati kriteria. so ke situlah arah tuju kitorang.

Bkn nk shoping pun, cuma p mkn je. mulanya payah gak nak decide nk mkn kat ne. drpd pizza hut ke kenny rogers, last2 mkn kat secret recipe (ye mmg secret recipe ada dkt je ngan umah aku kat taipan senawang tu,tp sbb nak amik angin shopping complex tu sbb tu la kena p jusco).

Ni la makanan yg diorder

srCheeze choc, chocolate indulgence, sundae, ice lemon tea, tom yum kung, chicken cornish.

Lantak smpai buncit prut.

Abis makan balik umah, dgn harapan sakit kpala dia dah ok. tp nmpk gayanya x ok gak. aduss…kronik sungguh. nak buat cmna, shoping complex pun dh tutup.

Sudahnya ari ni dia sendiri klua p cari ubat kat shopping complex lain plak ngan kawan2 dia.

Stakat aku call dia td, drpd cara percakapannya tu, mcm dh ok la kot.

Ok la yang, u nk p mana pun u p la. jgn lupa weekend ni ada exam udah la ye…





Blog Baru?

20 04 2009

X la baru pun sbenarnya. masih kat tmpt lama (wordpress), tapi address suda tuka skit.

Napa delete blog lama? xde apa saja. lg pun blog tu bkn ramai sgt org baca pun. so kalu delete pun xde bg kesan apa.

Tak banyak beza dgn pun blog yg ni dgn yg dulu. cuma yg ni dah ada category. lg pun aku suka citer psl 2 benda je, pasal bola, pasal metal.

bukan la aku ni pakar atau tau bnyk bnda psl bnda2 tu.

aku x mahir sgt psl taktik or teknik main bola ni. paling tinggi pun aku cuma penah jd wakil skolah je. tu pun hanya memanaskan bangku simpanan. tapi sbb masa tu pemain simpanan x disdiakan bangku, jd hanya memanaskan rumput di tepi padang je la.

aku pn bkn pndai nk citer psl muzik. main gitar pun x pandai.nyanyi bole la. tp x reti nk buat suara growl mcm kbnykn pnyanyi death metal. stakat nk nyanyi macam Joacim Caans (Hammerfall) bole la. tp xde plak karaoke lagu2 camtu, kalu x dh lama aku memeritkan tekak nyanyi lagu2 camtu. tp cuma lagu2 terpilih la. lagu yg liriknya “menyimpang” xleh la kan.

Tp aku mmg suka dua2 benda ni. mgkn x ramai yg memahami, tp itu la aku. itu la hiburan aku. x perlu terkinja2 di disko2, x perlu diuliti GRO2 di kelab2 dangdut. X perlu menyakitkan telinga dgn deruan motor mat rempit.

Tp ada satu yg berupaya mengatasi kebolehan dua benda ni mmberi ketenangan kpd aku…MY ANGEL and her life.

p4190600