Welcome MU, Congrats Malaysia

19 07 2009

Hari Sabtu 18 Jul 09..menyaksikan kehadiran semula MU ke Malaysia utk siri Asia Tour. Last time MU dtg sini,lebih kurang 8 tahun lepas, yang menyaksikan pasukan Malaysia kena belasah 6-0. Kedatangan MU ke sini memang dinantikan oleh semua peminat MU. Tengok aje la masa game tu, betapa Stadium Bukit Jalil telah bertukar menjadi Old Trafford, penuh ngan baju merah je.

Di mana aku masa tu? Adakah aku bersama2 dgn diorang yang berbaju merah itu?Heheh..mesti korang x pecaya aku x ada kan?Memang aku x ada la…apa la x pecaya plak? x caya tanya bini aku. aku ada ngan dia semasa dia dok mengendalikan bisnes dia. Ha ye la kutuk la…Memang aku peminat setia MU…tp bukan la jenis yg kipas susah mati punya. aku suka diorang dtg sini. cuma aku x sanggup nak bersesak2 utk tengok diorang. xpe la, x terkilan pun. lagi pun hari tu aku posa…posa sunat la…xde ganti2, tahun lepas posa penuh…cuma sempurna ke x, x tau la. yang aku tau, aku x penah curi2 mkn, minum atau isap rokok masa siang tu. memang posa betul2 punya.

Sbenarnya aku x kisah sapa pun nak dtg sini buat friendly match…MU ke, Arsenal ke, Liverpool ke, tapi biar la lawan yg bersesuaian. Maksud aku, kalau yg datang tu cuma kelab, biar la lawan dgn kelab gak. atau pun kalu ikut senario bolasepak kita ni, dengan team negeri la. cuba tengok team2 lain yg sama terlibat dgn Asia Tour ni, mana ada diorang lawankan MU dgn national team diorang. mesti dgn kelab atau pilihan kelab, maksudnya campur skali dgn player kelab lain supaya lebih kuat.

Walaupun kita tau national team kita memang x sekuat MU, tapi rasa mcm x syok la bila national team kita kalah. sbb kalu kita amik team negeri pun, contohnya selangor, pastu kita bagi jadi lg kuat, amik beberapa player dari negri lain. ok la kan. sebab selangor skrg antara team terkuat dlm Liga M, bila tambah skit dgn player2 lain, sama la selangor tu macam national team.

Tapi apa pun aku turut berbangga bila team kebangsaan yang disangka akan dibelasah macam 8 tahun dulu, bejaya melawan sehingga cuma kalah 2-3 je. Amri…wa tabik lu…lu memang superb…wa memang tau…walau badan kecik, bukan halangan utk kalahkan Van der Sar dan Foster.

Owen bermula dgn baik utk MU. aku pun berharap prestasi owen x terhenti setakat tu je. Memang secara peribadi aku agak kurang bersetuju dgn tindakan Sir Alex beli Owen. Nampak mcm dia x berapa bersungguh utk beli player. Aku tau dia lebih berminat beli David Villa. tapi sapa nak lepas player macam Villa? so option yang dia ada nampaknya Owen. Entah la, kadang2 kita x tau apa yg Sir Alex fikirkan. Bukan sekali dia buat mcm ni. bukan sekali dia beli player yg sebelumnya bermasalah, tapi lepas tu menjadi hero utk MU.

Contohnya Cantona. semua org tau Cantona masa main dgn…x salah aku Leeds sebelum tu, mmg bermasalah. Ronaldo pun sblm main dgn MU, org x kenal pun sapa dia. Harap nama je macam Ronaldo player Brazil tu, tapi main xtau lg camana. tapi ternyata dia pemain yg hebat. Cuma lately ni agak besar kepala sikit (aku suka MU jual dia kat Madrid. sekurang2nya xde kelibat dia kat EPL). Nistelrooy masa main ngan PSV Eindhoven pun x la hebat sgt. Pulak tu MU beli dia masa dia masih injured. sama la mcm Owen, cuma owen skrg dah ok skit, tapi utk berapa lama lagi….xtau la. kita semua tau berapa kali je dia dpt main ngan newcastle dulu.

Nampaknya ada can utk aku tengok MU main kat Bkt Jalil sebab ada rematch esok.tapi bila aku bukak site ticketpro.com utk beli tiket online, dia kata kat situ tiket cuma bole beli kat outlet tiketpro je.nmpk gayanya esok aku kena la suruh sapa2 p curi2 beli tiket kat stadium…kalu ada lagi.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: