Liverfool ngan Chelsea kalah?Hah?Hah?Hahahahahaha

20 10 2009

Lama dah aku x merapu kat sini…sebenarnya memang macam dah malas dah…tapi kejadian hari Sabtu baru2 ni membuat tangan aku gatal nak menaip balik.

Lepas MU jual Ronaldo kepada RM, ramai orang ingat MU akan jatuh macam masa MU jual Beckham dulu.

Tapi nampaknya setakat ni…ok je aku tengok. Dah terbukti kejayaan MU yg lepas2 bukan bergantung pada Ronaldo sorang…dan Ronaldo bukan la hebat sangat…buktinya ada Ronaldo pun RM masih kalah, dan Portugal masih belum confirm layak ke World Cup 2010.

Yang nyata,team2 dlm EPL yang confident boleh menamatkan dominasi MU masih berhempas pulas. Tengok je game sabtu lepas…2nd n 3rd best team last season Liverfool ngan Chelsea kalah lagi utk kali ke4 n ke2. Last season Liverfool cukup bangga kalah sekali je. Tapi this season…baru main 9 game dah kalah 4 kali…apa citer ni Chiqu? Ni la waktu paling best nak kutuk Chiqu. Harap2 hari Ahad ni aku berpeluang lagi kutuk Chiqu kalau MU menang ngan Liverfool. Main kat Anfield? Anfield bukan lagi padang keramat untuk Liverfool……

Advertisements




Hammpehhh!!!

21 08 2009

Tu je la yg mampu aku katakan bila mengetahui kekalahan Setan Merah. Aku x heran kalu Setan Merah kalah ngan Chelsea, Arsenal atau Liverfool, tapi….kalah ngan Burnley? Arrrgghhh….

Ntah la,xtau la nak ckp mcmana.dah la last week berhempas pulas nak menang ngan Birmingham…this week kalah plak ngan Burnley. Patutnya MU kena pandai amik kesempatan bila diberi peluang lwn dgn team2 yg baru promoted ni. Kalu mcm ni la gayanya, camana la nk lwn team2 lain yg lg kuat.

Mcm ni la dulu masa Beckham dijual ke R. Madrid. skrg Ronaldo pun dah dijual ke Madrid gak.so season ni aku rasa bukan season MU. so Arsenal, Chelsea ngan Liverfool bole la mencongak2 utk berebut piala sesama diorang.

Tp nmpk gayanya x bole lupakan Man City ngan Spurs. Man City, kelab kaya baru EPL dah menunjukkan kekuatan masa 1st game. 2nd game xtau lg..tunggu la ujung minggu ni. Spurs walaupun x shoping sgt mcm Man City, pun kena jaga2. Stakat 2 game ni diorang dah ada kt top table. Lg pun diorang ada Harry Redknapp, manager yg ada reputasi. tengok je la mcmana dia tarik Spurs naik balik dr tangga tercorot liga last season. Rata2 player Spurs season ni adalah sama mcm last season. so diorang xde masalah dr segi keserasian.

Ok la malas nk citer banyak2 tengok je la kat cni





Congrats MU, Arsenal, Chelsea, MC…Sorry Liverfool…

17 08 2009

Musim perayaan baru dah bermula…perayaan apa? perayaan bola la…bukan Liga Malaysia la…Liga Malaysia nk buat pe… EPL la…Apa?? kenapa agungkan liga bolasepak penjajah?bukan nak agungkan liga diorang…masalahnya diorang main lg best dari liga kita…camana? kita nakkan game yang menghiburkan…bukan yg membosankan…yang asyik tuka format…asyik dgn masalah team xde duit,muflis, x byr gaji player.

Eh sori..terover plak…marah plak mat over nnt…Bukan apa..tgh excited ni sbb EPL musim baru dah start…dkt dua bulan gak boring sbb xde game bola kat tv yg best2 mcm ni…nk tunggu World Cup, tahun depan baru nak start, lambat lagi. Tapi tengok EPL ni lbh kurang mcm tngk World Cup la…sbb standard main smua world class.

So…setakat game yg berlangsung hari Sabtu (15/8) dan Ahad lepas (16/8), nilah keputusannya:

result

So setakat perlawanan pertama ni, smua pasukan pilihan terutama..ehem..ehem.. Setan Merah bejaya melepasi halangan kecuali…Liverfool..hahahaha..

Tp walau mcmanapun. setakat yg aku tengok semalam…MU vs Birmingham City…banyak lg yg MU kena buat kalu nak defend title tahun ni. (Owen bila nak score??)

ARS_EVEEVERTON 1  ARSENAL 6

MC_BLAMANCHESTER CITY 2 BLACKBURN 0

CHE_HULCHELSEA 2 HULL 1

LIV_TOTLIVERPOOL 1 SPURS 2

MU_BIRMU 1 BIRMINGHAM 0





Welcome MU, Congrats Malaysia

19 07 2009

Hari Sabtu 18 Jul 09..menyaksikan kehadiran semula MU ke Malaysia utk siri Asia Tour. Last time MU dtg sini,lebih kurang 8 tahun lepas, yang menyaksikan pasukan Malaysia kena belasah 6-0. Kedatangan MU ke sini memang dinantikan oleh semua peminat MU. Tengok aje la masa game tu, betapa Stadium Bukit Jalil telah bertukar menjadi Old Trafford, penuh ngan baju merah je.

Di mana aku masa tu? Adakah aku bersama2 dgn diorang yang berbaju merah itu?Heheh..mesti korang x pecaya aku x ada kan?Memang aku x ada la…apa la x pecaya plak? x caya tanya bini aku. aku ada ngan dia semasa dia dok mengendalikan bisnes dia. Ha ye la kutuk la…Memang aku peminat setia MU…tp bukan la jenis yg kipas susah mati punya. aku suka diorang dtg sini. cuma aku x sanggup nak bersesak2 utk tengok diorang. xpe la, x terkilan pun. lagi pun hari tu aku posa…posa sunat la…xde ganti2, tahun lepas posa penuh…cuma sempurna ke x, x tau la. yang aku tau, aku x penah curi2 mkn, minum atau isap rokok masa siang tu. memang posa betul2 punya.

Sbenarnya aku x kisah sapa pun nak dtg sini buat friendly match…MU ke, Arsenal ke, Liverpool ke, tapi biar la lawan yg bersesuaian. Maksud aku, kalau yg datang tu cuma kelab, biar la lawan dgn kelab gak. atau pun kalu ikut senario bolasepak kita ni, dengan team negeri la. cuba tengok team2 lain yg sama terlibat dgn Asia Tour ni, mana ada diorang lawankan MU dgn national team diorang. mesti dgn kelab atau pilihan kelab, maksudnya campur skali dgn player kelab lain supaya lebih kuat.

Walaupun kita tau national team kita memang x sekuat MU, tapi rasa mcm x syok la bila national team kita kalah. sbb kalu kita amik team negeri pun, contohnya selangor, pastu kita bagi jadi lg kuat, amik beberapa player dari negri lain. ok la kan. sebab selangor skrg antara team terkuat dlm Liga M, bila tambah skit dgn player2 lain, sama la selangor tu macam national team.

Tapi apa pun aku turut berbangga bila team kebangsaan yang disangka akan dibelasah macam 8 tahun dulu, bejaya melawan sehingga cuma kalah 2-3 je. Amri…wa tabik lu…lu memang superb…wa memang tau…walau badan kecik, bukan halangan utk kalahkan Van der Sar dan Foster.

Owen bermula dgn baik utk MU. aku pun berharap prestasi owen x terhenti setakat tu je. Memang secara peribadi aku agak kurang bersetuju dgn tindakan Sir Alex beli Owen. Nampak mcm dia x berapa bersungguh utk beli player. Aku tau dia lebih berminat beli David Villa. tapi sapa nak lepas player macam Villa? so option yang dia ada nampaknya Owen. Entah la, kadang2 kita x tau apa yg Sir Alex fikirkan. Bukan sekali dia buat mcm ni. bukan sekali dia beli player yg sebelumnya bermasalah, tapi lepas tu menjadi hero utk MU.

Contohnya Cantona. semua org tau Cantona masa main dgn…x salah aku Leeds sebelum tu, mmg bermasalah. Ronaldo pun sblm main dgn MU, org x kenal pun sapa dia. Harap nama je macam Ronaldo player Brazil tu, tapi main xtau lg camana. tapi ternyata dia pemain yg hebat. Cuma lately ni agak besar kepala sikit (aku suka MU jual dia kat Madrid. sekurang2nya xde kelibat dia kat EPL). Nistelrooy masa main ngan PSV Eindhoven pun x la hebat sgt. Pulak tu MU beli dia masa dia masih injured. sama la mcm Owen, cuma owen skrg dah ok skit, tapi utk berapa lama lagi….xtau la. kita semua tau berapa kali je dia dpt main ngan newcastle dulu.

Nampaknya ada can utk aku tengok MU main kat Bkt Jalil sebab ada rematch esok.tapi bila aku bukak site ticketpro.com utk beli tiket online, dia kata kat situ tiket cuma bole beli kat outlet tiketpro je.nmpk gayanya esok aku kena la suruh sapa2 p curi2 beli tiket kat stadium…kalu ada lagi.





Must See Movies This July

13 07 2009

Movie 1

Ye aku tau citer ni dah klua bln lepas. aku pun dh tngk 2 hari lepas dia klua. tapi…paham2 je la, mana puas tngk skali je. Kalu dah citer ni sejak dari kecik dah jadi pojaan hatiku, sampai skrg pun sama. Kalu xde apa halangan, hari rabu ni nak tengok lagi. bini aku dah tengok 2 kali dah, xkan aku x plak kan?

Movie 2

Daripada si Daniel Radcliff ni belum baligh,sampai la skrg, aku x penah miss lagi tengok setiap sequel citer Harry Potter. Tapi walau camanapun, x semua citer dia aku tengok kat wayang. So aku akan make sure sequel kali ini, aku dpt tengok kat wayang. Emma Watson pun makin besar makin cun.

Movie 3

GI Joe ni sbenarnya masa kecik dulu aku x la tngk sgt. x termasuk pun dlm senarai katun yg aku impikan utk jadi filem mcm transformers. pendek kata, kalu x jadi filem pun aku x kisah. tapi sbb org dah buat jadi filem, aku pun teringin gak nak tengok. yg buat aku lebih teruja nak tengok adalah kelibat salah seorang superstar faveret aku….Dennis Quaid

Movie 4

Tarikan utk aku menonton citer ni adalah kerana adanya Johnny ‘Captain Jack’ Depp. Best atau x citer ni, xtau la aku. tapi selalunya Johnny Depp jarang menghampakan. So aku harap ada somethng yg special dlm citer ni.

Transformers dan GI Joe dah pun muncul dlm filem. Sbenarnya aku dok angan2 utk melihat satu lg katun faveret aku time budak2 dulu muncul dlm filem. Citer ni ha…

Aku cukup suka tengok kenderaan2 canggih diorang yg boleh bertukar fungsi. Penah teringin nak beli dia punya toy,tp zaman tu mana la mak bapak aku mampu. satu toy dia je sama dgn belanja makan family kitorang 2 minggu. so buat pe la nak membazir. bila dah mampu beli, aku plak dah besar, x layak dah nak main benda2 tu. nak buat collection bole la. tapi dah x dijual lg.

Korang tau kan citer ni? X kira la korang tau ke x. aku amat berharap ada la syarikat yg berani buat citer ni.skrg dah zaman CGI, xkn xde yg berani. buat citer robot jd keta bole, xkn buat citer motor ngan keta bole terbang x bole?





Cerita Sedih Nowwa di Cherating

11 07 2009

Agak2 citer sedih apa la agaknya tu? Bukan citer sedih yang menimpa Nowwa, tapi citer yg telah membuatkan si Nowwa itu berasa sedih. Nowwa sedih? macam x pecaya plak ek? Ha jangan ingat sekeras2 Nowwa tu, dia tak reti rasa sedih. Tapi biasa la, sedih dia tu takde la sampai berhamburan air mata. Sedih gitu2 je la.

Cerita 1 – Kapten Yang Keseorangan

Dalam ramai2 pegawai yg datang course yg aku organize tu. ada sorang kapten ni.dia ni seorang kapten yg agak veteran la, sbb dia promoted dari peringkat bawahan. xtau la kenapa tiap kali waktu makan esp dinner,slalu dia turun yg paling awal skali, tp turun sorang2. macam xde geng je. padahal setiap orang aku dah atur dok bilik twin sharing. dan setiap kali nampak dia, nowwa akan sedih. “Kesian dia sorang2 je”. Ntah la aku pun xtau. tp sepanjang kursus tu xde la dia x campur org langsung. tapi dia mmg nmpk agak pendiam atau mgkn dia nampak tertekan sbb x brpa paham pebenda yg dia blajar masa kursus tu agaknya. atau mungkin dia sbenarnya xnak dtg course ni, tp disuruh dtg gak.xtau laa…

Cerita 2 – Kambing dan Plastik

Citer ni belaku masa kitorang nak p ronda2 ke kemaman. Aku x brpa nampak apa yg blaku,sbb tgh drive. tapi Nowwa nampak dan trus ckp “Alaa ksiannya kambing tu,dia tgh mkn agaknya…pastu muka dia termasuk dlm plastik. pastu dia x reti nak buang plastik tu. Ksiannyaaa! Camana nak buat ni?” Aiseh, xkn la aku nak patah balik plak semata2 nak tolong buangkan plastik kat muka kambing tu. Last2 aku ckp “Xpe la yang, kang ada la org tolong tu” . Pastu bila kitorg on d way balik, lalu kat jalan tu, dah x nmpk dah kambing tu. Mgkn ada orang dh tolong dia. masa tu pun tgh hujan. mesti tuan dia dah selamatkan dia agaknya….

Cerita 3 – Mat Salleh, Satar dan One Drop Perfume

Masa kitorang tgh menikmati otak2 dan satar di kedai satar Mak Wan (ye ke? ye la tu kot Mak Wan nama dia), yang merupakan antara kedai satar dan otak2 yg terfamous di Kemaman, lalu la seorang Mat Salleh dgn basikal. Mat salleh tu mcm tertarik dgn kedai tu. dia pun dtg dekat, nak tau apa yg ada kat kedai tu. Apa yg membuatkan Nowwa sedih dgn mat salleh tu ialah xde sorang pun yg cuba nak hampiri mat salleh tu dan jemput dia masuk dalam utk makan. mat salleh ni plak dalam usaha dia nak mengetahui apa yg ada kat kedai tu, dia cuba la baca apa2 yg ada tertulis kat kedai tu. Malangnya dia pegi baca ada satu banner iklan one drop perfume yg turut tergantung di situ. Aku x tau la dia paham ke tak apa yg dia baca, sbb iklan tu pun tulis bahasa melayu. tp mungkin dia berasa confuse, tengok dalam mcm kedai makan, tapi iklan pasal perfume. xkan orang kat sini mkn perfume kot. dlm keadaan dia terpinga2 tu, Nowwa yg terkenal dgn keramahan dia pun berasa kesian, dan x smpai hati tngk mat saleh tu. dlm keadaan antara nak tegur atau x mat saleh tu, tiba2 dia berlalu mcm tu je dlm keconfiusan. dan nowwa menyesal x sudah sbb x smpt nak introduce kan otak2 dan satar pd mat saleh tu. nak harapkan org kedai tu, lagi la. harapkan otak2 ngan satar je sedap, tp customer svc, fail.

Cerita 4 – Mak dan Ayah kawin lain

Ni xde kena mengena ngan sapa2 kat cherating tu. tapi pasal satu drama yg nowwa tengok kat tv2. apa tah tajuknya?cari pasal kot. pelakonnya lisdawati dan azri iskandar.diorang ni laki bini,tapi x sefahaman,pastu masing2 kawin lain.kawin lak tu dgn orang yg lg muda.bila dah kawin lain tu terasa la plak pasangan masing2 tu jauh beza dgn bekas masing2. mula la dok teringat kenangan2 manis masa jadi laki bini dulu.pastu buleh plak dok talipon sembang2 citer pasal kenangan2 lepas dan citer pasal pasangan baru masing2. macam biasa la nowwa, bila bab2 mcm ni mula la tersentuh. sedih…layan je laaa…

Tp dlm beberapa citer sedih tu, terselit gak satu citer misteri. jeng..jeng..jeng. citer pasal satu couple misteri yg kitorang xtau apa masalah diorang ni. Diorang ni kalu x salah aku hanya berada di hotel tmpt kitorang duduk tu pada hari khamis kot kalu x salah aku. kali pertama masa kitorang selisih ngan diorang tu, sikit pun x snyum ngan kitorang, kitorang ni punya la mesra yang amat dgn senyuman semanis cuka eh gula snyum kt diorang, tapi x dibalas. menonong je dgn muka toya diorang tu. mat saleh pun pandai snyum kat aku. dah tu plak diorang bila bejalan,si laki jalan depan, si bini dkt 3 meter kat belakang. andaian kitorang, diorang ni mungkin baru lepas gaduh agaknya. lepas pada tu ada dua kali lg kitorang berselisih ngan diorang tu. sama gak jadinya mcm masa 1st dulu.

Tiba2 masa pg jumaat, last day aku kat sini,masa tu aku ada dlm kelas.nowwa plak baru lepas bfast.dia on d way nak balik bilik. tiba2 terselisih dgn si bini.pompuan tu tiba2 nak pinjam phone bini aku sbb nak buat kol ke kuantan katanya.walaupun tekejut, nowwa cuba gak cakap ngan elok2 kat pompuan supaya cuba kol drpd bilik dia.bukan nowwa kedekut x nak bg pinjam hp dia, tp risau la kan, dah la pompuan tu penuh dgn misteri. ntahnya dia ada niat nak pukau nowwa ke apa ke. Pompuan tu berkeras nak gak hp tu,dia kata dari bilik xleh buat call out. ntah la, xkan la x penah tdo hotel pompuan tu. smua org tau kalu guna phone hotel nak buat local call tekan je no 9.

yg heran lg tu,dia nak buat kol, tp x ingat apa no yg dia nak kol tu. Gila ke?kalu dah x ingat no, guna la tepon canggih mana pun, tetap x leh kol punya. puas la nowwa mengelak drpd xnk bg hp dia kat org tu. dicakapnya hp dia xde credit la, dia suruh org tu guna public phone la, suruh dia mntk tlg kat reception la.tp dia tetap berdegil nk kn hp nowwa tu. dan mcm yg korang tau, nowwa kalu dh kata ‘no’, ‘no’ la jawabnya. “mintak maaf la kak, x dapek den nk nolong akak”, dia pon blah. hish x paham tol aku. mmg misteri sungguh.ntah mana la dtgnya pompuan tu…..





Bekerja Sambil ‘Bercuti’

8 07 2009

Cherating…penah p cherating? Pada yg penah tu tau la camana cherating tu kan. pada yg x penah mcm aku ni,kurang2 tau la Cherating tu kat tepi laut.Tapi kalu ada gak yg xtau cherating tu kat tepi laut,memang nak kena pindah la dari Malaysia ni.

Ye aku kat Cherating skrg ni. Tgh mengendalikan kursus mcm yg lepas2 yg aku dok organize. Mcm mana bole terbuat kat cherating ni? plan asal ialah nak buat di Kuantan. tp bila pk balik, Kuantan most of the hotels kat town area. dulu masa buat kat Melaka pun, dah memang kat town area, so ingt kali ni nak tukar angin skit kat area tepi laut.

Lagi pun aku x penah sampai cherating,so alang2 dah ada kat area kuantan ni, baik buat kat cherating terus. tambahan pulak masa aku dok sbulan kat kuantan ni tahun lepas masa ikut training p Lubnan tu, dah slalu sgt aku turun kuantan.so apa salahnya buat kat sini.

Kiranya mcm bekerja sambil bercuti la. walaupun lebih banyak keja sambil cuti.tp xpe la sbb tujuan utama pun memang keja.kena plak aku organizer, bz la skit.

Kursus ni aku organize kat Legend Resort, Cherating. Ok la tempat dia. bilik ok, dkt dgn pantai. kemudahan pun banyak.utk yg suka lepak2 kat tepi pantai ok la. kalu xnak mandi kat laut, bole mandi kat pool.

Lokasi dia jauh skit dari bandar. bandar terdekat pun bandar Chukai kat Kemaman. lebih krg 15 min je dari hotel ni. kalu Kuantan lbh krg stengah jam.

So sapa2 yg plan nak bercuti kat Cherating,cni antara tempat yg best…

Apa..gambar? Ha’ah sngaja x buh gmbr dlm ni sbb smua ada kat sini. Baca la. ada gak post2 lain pasal tmpt lain yg kitorg p spnjg ada kat cherating tu. sila la singgah.