16 Mei Yang Happening

18 05 2009

Wah,macam2 betul yang jadi 16 Mei hari tu. Yang pastinya of course la, smua orang pun tahu, 16 Mei adalah hari guru. Selamat hari gurulah aku ucapkan pada semua guru2 kat Malaysia terutama yang penah ajar aku masa kat sekolah2 yg kt bwh ni:

1.   Sek Keb Perumahan SEDC, Tampoi, Johor (1985 – 1988).

2.   Sek Ren Agama Dato’ Hj Mohd Yusof, Tampoi, Johor (1987-1988).

3.   Sek Keb Labu Ulu, Labu, N. Sembilan (1989-1990).

4.   SMKA SHAMS, Seremban, N. Sembilan (1991-1993).

5.   Sek Men Sains Muar, Muar, Johor (1994-1995).

6.   UTM dan ATMA (Sekarang UPNM) (1996-2001).

Dan yang lain-lainlah. Tak dilupakan pada ahli keluarga aku yg jd cikgu…Angah dan Surya dan Boy gak la, walaupun blum jd cikgu lagi. SELAMAT HARI GURU!

Lebih bermakna lagi hari guru ni sbb aku terjumpa dgn salah seorang bekas cikgu aku kat SKLU dulu, Cikgu Nor Razid bin Kamil. Macam tu gak rupa dia, tu yang aku bole cam dia. dia memang tak cam aku la. satu, sbb mungkin ramai sgt dah murid dia, lagi satu fizikal aku yang jauh berubah, ye la dulu kan bebudak lg, skrg dh jd umur dia masa dia ajar aku dulu, mgkn lg tua. dulu kecik skrg dh besar, dulu kurus skrg gmuk sket, dulu comel skrg  x hensem.

Aku tejumpa dia kat kedai letrik kt taman kemuning, aku perati je dia masa dia mula masuk kedai tu, cam kenal je brader ni,mcm cikgu aku je. dia terpandang gak aku, tapi tak cam la kan. mungkin dia pikir…pehal plak mamat ni dok tengok aku semacam je…ada utang ke apa. Memang pun aku ada utang ngan dia. Utang budi la…dah dia cikgu aku. aku pun tegur dia, mula2 dia x brpa cam, tapi bila dia tanya nama bapak aku, baru dia ingat (cheh dia ni ngajor aku ke, ngajor bapak aku?). x, sbenarnya slain aku, adik2 aku yang penah jd anak murid dia pun dia kenal, tu yg dia kenal bapak aku tu. no tepon bapak aku pun dia ada. Lepas tanya khabar dan sembang2 skit,kitorang pun chow.

MU-ARS01

Tu adalah sblh siang, sblh malamnya plak, seperti yang ditunggu2,ada game MU lwn Arsenal, penentuan sama ada MU dah bole jd juara pd hari tu gak atau kena tunggu lagi. Dan seperti korang smua dah tau, dah klua paper dah pun smalam, MU dah pun jd juara EPL setelah seri 0-0 dgn Arsenal. Memang tu pun yang diorang nak. Macamanapun, tahniah la pada Arsenal sbb walaupun perlawanan ni dah x begitu penting utk diorang, tp diorang tetap main mcm biasa dan nyaris2 buat MU kempunan.

MU-ARS04Cara MU main ari tu memang hampeh, memang mcm nak seri je. mula2 ok la, ada la 2-3 try. tapi masuk 2nd half dah mula main tahapahapa. Arsenal pun bila dah tinggal lg 20 min nak abis tu, pun dh mcm xde idea nk menyerang. Kalu masa game lwn Arsenal ni diorang dh main mcm ni,xtau la masa lwn Hull nnt macamana. Maklumlah, dah jd juara dh pun, kalah pun xpe, dah tu plak 3 hari lepas tu nak lawan Barcelona plak. sure Sir Alex simpan ramai key player. mungkin MU akan bagi laluan Hull menang sbb diorang pun mmg terdesak nak menang utk elak dari turun balik ke Championship.

Kepada penyokong2 Liverpool, Chelsea dan Arsenal, jgn la kegagalan pasukan korang menang apa2 tahun ni menyebabkan korang tension gila smpai membuat tindakan yang bodoh. ari tu dah klua dlm paper, ada penyokong Arsenal kat Kenya yang bengang sbb Arsenal x dpt masuk final Champions League, sampai bunuh diri…Astaghfirullah…kita harap xde la orang kat Malaysia esp yg Muslim,jd macam tu. X pyh la nak kemaruk sgt nyokong diorang ni. diorang menang ke, kalah ke, apa ada effect pada kita? bukan kita dpt apa pun

Tapi kalu kita ada betting ngan sapa2, pastu kalah, tu mmg ada sbb la nk tension. tapi sapa suruh betting?agama pun x suruh betting2 ni.

Cerita psl pertandingan, kalah dan menang ni, ada la berita sedih skit utk peminat sukan yang melibatkan penyertaan Malaysia kat peringkat antrbngsa, juga berlaku pada 16 Mei 09. Malaysia kalah pada China dalam dua sukan dlm satu hari. Kalah badminton dan hoki. Badminton Piala Sudirman kat China, Malaysia kalah 3-0. Hoki Piala Asia kat Kuantan, Malaysia seri 3-3, tapi kalah penalti 7-6.

Tapi badminton, walaupun kalah,sekurang2nya Malaysia berjaya ke semi final, sbb masa Piala Sudirman yg lepas2, Malaysia x penah masuk semi final. Hoki, last Piala Asia, Malaysia dapat no 3, tapi kali ni no 4. merosot skit, tp skit sbanyak, ada peningkatan dlm permainan diorang.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: