Red Devils Get Closer to Premiership Title

3 05 2009

Tinggal lg 4 game, 6 mata depan Liverpool, dgn perbezaan gol yang sama. Secara logiknya peluang MU utk mempertahankan kejuaraan Liga Perdana adalah x mustahil, asalkan diorang maintain menang baki 4 game lg tu.

Kemenangan 2-0 ke atas Boro semalam semakin mencerahkan peluang MU. walaupun Ronaldo, Ferdinand, Carrick dan Van der Sar x main semalam sbb nak disimpan utk game dgn Arsenal masa Champions League semi final nanti, rentak MU tetap x terjejas. Adakah sebab Boro memang x kuat? kalu nak diikutkan memang la, tapi selaku pasukan yg nak mengelak dari jatuh ke Championship, mcm2 diorang bole buat, kena plak semalam main kt Riverside, tempat diorang.

Setidak2nya jaringan Giggs dan Ji Sung semalam sedikit melegakan memandangkan semalam aku tengok MU main agak perlahan. mungkin takut injured, atau takut penat sbb nak simpan tenaga utk lawan Arsenal.

mu_bor6Lepas game MU – Boro, ada game Chelsea – Fulham dan Arsenal – Portsmouth, tapi aku x tengok sgt sbb bg laluan pada bini aku yg nak tengok AIM 08. Tp aku tau la result dia, sbb bila time iklan, aku curi2 tengok. Chelsea menang 3-1, Arsenal menang 3-0. MU kena jaga2 la dgn Arsenal ni, sbb pasni 2nd leg semi final champions league main kat Emirates. Arsenal ramai player muda2 yg agresif dan laju. kalu MU main mcm masa lwn Boro semalam, mungkin susah skit nk kalahkan Arsenal ni.

ars_por61

Chelsea mungkin beranggapan kemenangan 3-1 ke atas Fulham, satu amaran pada Barcelona sblm pertemuan diorang utk satu lagi semi final champions league. tapi sebenarnya Barcelona pun bg warning gak sbb beberapa jam lepas tu diorang telah membelasah Real Madrid 6-2 kat Nou Camp, double drpd gol yg Chelsea score. Pulak tu Real Madrid yg dibelasahnya.

che_ful6

Sambil aku tulis post ni, Liverpool tgh berentap dgn Newcastle. Dgn prestasi mantap Liverpool kebelakangan ni, ditambah plak dgn prestasi terumbang ambing Newcastle, rasanya keputusan perlawanan tu dah bole diramal. memang aku x mengharapkan pun untuk Newcastle dapat mencicirkan pungutan mata Liverpool. So seperti yang dijangka, Liverpool menang 3-0. aku sbenarnya mmg suka cara Liverpool main, laju, sentiasa control bola. smua player dia mcm tau je mana bola tu nk tuju. ada je player dia yg akan tunggu atau sambut bola tu. memang semalam Newcastle xleh nak buat apa. Tapi kalu aku suka cara Liverpool main, napa aku x sokong Liverpool? aku dulu mmg penyokong Liverpool. nak tau napa aku x sokong Liverpool sekarang? nanti la aku citer dlm post lain. sbbnya skit je…tp xpe la nnt aku citer.

liv_new6

Sikit lagi nak tambah, hari Sabtu lepas juga NS berjaya balas dendam pada Kelantan dlm Liga Super, NS menang 2-0. Tapi aku sikit kecewa dgn laman web FAM, lambat update, mcm nak tak nak je buat website. hari ni aku bukak site tu,keputusan perlawanan Sabtu lepas pun x update lagi. Sapa la dia punya administrator agaknya? Pemalas!

X mcm EPL punya,abis je satu game tu, x smpai bbrpa minit dh ada dh result, cuma full report je xde lg. tp kjp je la, x smpai berapa jam  dh ada.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: